Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terlebih dahulu, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyampaikan sepatah dua kata untuk Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad.
Laman web ini diharap dapat memberikan gambaran bukan sahaja kepada para pendidik dan pelajar tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini bertujuan agar mereka memahami matlamat pendidikan bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik malah melibatkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sejajar dengan matlamat Dasar Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad merupakan sebuah sekolah premier di Pahang yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam melahirkan para cendekiawan yang bukan sahaja berjasa kepada masyarakat setempat tetapi juga kepada negara. Kecemerlangan akademik dan kokurikulum dapat dicapai dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak. Disiplin yang mantap serta didikan agama secara berterusan mampu melahirkan modal insan yang mampu menerima cabaran untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan dan sahsiah yang mulia serta terpuji sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad atas kejayaan menghasilkan laman web ini. Kejayaan ini melambangkan daya usaha dan kerjasama setiap warga sekolah.
Pengetua SMK Ahmad
Tn Hj Mokhtar b Abdullah, AAP AMN



Yus, gambar pengetua letak kat atas teks tu.
done