SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Pekan (SMK Ahmad) mula ditubuhkan pada bulan Januari 1926. Sekolah ini mulanya diberi nama Government English School, Pekan.   Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abdullah nenda Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Negeri Pahang sekarang menjadi penggerak utama penubuhan sekolah ini.   Pada tahun pertamanya sekolah ini mempunyai seorang guru iaitu Encik A Ramalingam dengan jumlah pelajar seramai 35 orang iaitu 33 lelaki & 2 perempuan yang dibahagikan kepada dua darjah rendah ( Primary ) A dan B.

Pada tahun 1981, dua kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka dan seramai 58 pelajar lepasan SPM sekitar daerah Pekan dan Rompin berpeluang mengikuti pelajaran Tingkatan 6 Sastera di sini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMK Ahmad menjadi Pusat Sumber Elektronik pada tahun 1995 dan upacara pelancaran peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri pelajaran pada 9 Mac 1996. Serentak dengan itu SMK Ahmad telah dipilih untuk mengadakan kelas Muzik dan kelas Reka Cipta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring penubuhan kelas Muzik pasukan gamelan telah diwujudkan dan menjadi salah satu kebitaraan sekolah.

Satu kelas Aliran Agama ( KAA ) tingkatan 1 telah dibuka di sekolah ini dengan pelajarnya seramai 35 orang dan seterusnya pada tahun 2002 penambahan satu kelas Rancangan Khas dengan bilangan pelajar 28 orang. Program kelas Rancangan Khas ini telah berkembang menjadi 5 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2, 4 kelas tingkatan 3 dan 3 kelas tingkatan 4.

Menjelang tahun 2006, SMK Ahmad telah diiktiraf sebagai Sekolah Rancangan Khas dengan mengambil pelajar yang berkelulusan sekurang-kurangnya 3A 2B ke atas untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tahun 2008 SMK Ahmad telah menjadi sebuah sekolah Rancangan Khas sepenuhnya.

Sesuai dengan status SMK Ahmad sebagai Sekolah Rancangan Khas, tingkatan 6 aliran sains telah dibuka sebanyak 2 kelas pada tahun 2007. Seiring dengan perkembangan semasa pada tahun 2011 kelas Aliran Agama Tingkatan 4 telah dibuka. Perkembangan terkini di bawah kepimpinan Pn Lailatun Zalaliah bt Hussain, Pengetua Cemerlang Kanan, SMK Ahmad dengan bilangan tenaga pengajar seramai 73 orang dan staf sokongan seramai 19 orang. Bilangan Pelajar pula seramai 686 orang termasuk 251 orang pelajar sesi petang.

Guru yang berdedikasi dan pelajar yang terpilih serta kerjasama daripada staf sokongan dan komitmen yang berterusan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru diharap “SMK Ahmad, Pekan” terus mencapai kegemilangan sesuai dengan moto sekolah Bersama Menuju Gemilang

5 Responses

  1. smk ahmad adalah sekolah yang paling bersejarah dan yang terbaik

  2. Siso De Clown a.k.a Mohd Adam Lee Abdullah

    1A – 08 – 01 , Merdeka Villa
    Bandar Baru Ampang
    68000 Ampang ,
    +6012 984 7005

    To :

    Sekolah-sekolah Di Kuala Pahang
    Atas Jemputan Khas Dari GP JORAN BH 2013

    Warm Welcome ,

    Siso De Clown a.k.a Mohd Adam Lee Abdullah is the one-spot event management in Malaysia. As a spin-off our service in SisO de ClOwN, we are order to strengthen for all walks of fun, fantasy, adventures in the enchantment life like we say “ KePUASan Anda KePUASan Siso “ and also offers a wide variety event management & service from young to old around the world.

    Place – Kuala Pahang , Pahang
    Event – GP Joran BH 2013 , Pusingan 3
    Time – 1 – 3 PM
    Date – 11 May 2013
    Pertandingan Sand Castle Gp Joran 2013 “ TEMA : ISTANA SEKOLAH “
    Peralatan Disediakan , TERBUKA 9 – 12 Tahun
    Yuran RM 10 Sepasukan , 3 Orang Sepasukan , TERHAD KEPADA 10 Pasukan Sahaja

    HADIAH
    Juara – RM 100 Wang Tunai + Piala + Goodies Bag Tajaan
    Naib Juara – RM 70 Wang Tunai + Piala + Goodies Bag Tajaan
    Ke-3 – RM 30 Wang Tunai + Piala + Goodies Bag Tajaan
    5 X Saguhati – Goodies Bag Tajaan

    Thank
    Siso de Clown
    Mohd adam Lee Abdullah
    Founder Of Siso De clown

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: